Khamis, 29 Julai 2021

Bagaimana Safuan Dapat Komisyen Halo Telco

 


Disember 2019



Mulanya safuan guna Halo Telco sebab Plan Internet lebih berbaloi & coverage lebih meluas dari telco safuan yang lama. Safuan daftar Halo Telco pada sepupu safuan bernama Zarrin, masa tu safuan daftar jadi Dealer terus sebab nampak peluang boleh guna Halo Telco secara Percuma setiap bulan dengan komisyen & kalau ada rezeki lebih boleh buat belanja & bagi ummi ayah.

Walaupun safuan tiada langsung pengalaman berniaga, safuan teruskan je & minta izin family.

Tentang berlajar cara daftar pelanggan apa² semua tu safuan tiada masalah sebab safuan jenis cepat tangkap benda² tu

Safuan Jual Simkad Halo Telco RM5 hanyalah dapat untung runcit beberapa sen

Jadi komisyen safuan setiap bulan adalah dari setiap langganan plan internet yang pelanggan safuan langgan.

Contohnya jika pelanggan safuan langgan plan RM48, Safuan akan terima RM4.80. Jika langgan Plan RM28, Safuan akan terima RM2.80.

Senang citer safuan dapat komisyen 10% dari langganan tersebut

Komisyen ni safuan akan terima secara berterusan setiap bulan selagi pelanggan safuan melanggan internet. Alhamdulillah.

Yang istimewanya Halo Telco ni, penggunanya bukan saja melanggan internet semata-mata, malah mereka dapat Sertai Cabutan Bertuah Setiap Bulan, 2 Insuran Percuma, Khairat Kematian, Guna & Langgan Sambil Menyumbang Pada Halo Prihatin.

Fuh!! Kelebihan & manfaat ni safuan berani kata belum ada pada telco yang lain.


Mac 2020

Hingga bulan 3 safuan hanya mampu jual beberapa keping simkad je, komisyen safuan masa tu belasan ringgit hingga 20 ringgit lebih. Alhamdulillah safuan bersyukur, sape nak bagi kan duit banyak tu tiap² bulan. Walaubagaimanapun safuan cuba untuk cari jalan yang safuan mampu, kemahiran safuan lebih kepada edit video, Jadi safuan mula terfikir untuk edit video potong bahagian yang penting video live yang fb halo telco hq buat supaya dealer² Halo Telco yang tak ada masa tonton video secara live mereka boleh tengok video yang safuan edit dibahagian penting.


Safuan cuba beri manfaat pada orang lain

Safuan yakin jika kita mudahkan urusan orang, insyaAllah Allah akan mudahkan urusan kita.

Pada bulan yang sama juga upline safuan bantu safuan jualkan simkad safuan, sebulan dua kemudian masa tu barulah komisyen safuan naik sikit hingga hampir dapat cover langganan harga Plan 48, Alhamdulillah.


Masa bulan Mac ni juga seluruh Malaysia diserang wabak kobit naitin, walaupun satu Malaysia kena lockdown, Alhamdulillah peniaga Simkad macam kami kurang terkesan dengan lockdown tersebut.


Pada bulan Mei 2020



Masa ni safuan dapat rezeki yang tak disangka-sangka, tiba² boss shukex umumkan safuan jadi mini store Sebab safuan banyak bantu dealer² dengan video yang safuan hasilkan.

Syukur Alhamdulillah, peluang macam ni bukan mudah semua orang boleh dapat. Tak pernah Safuan terfikir golongan OKU duduk atas katil je macam safuan diberi peluang sebegini. Subhanallah, Allahuakbar.

Sejak pengumuman Boss Shukex tu ramai orang add safuan jadi friend fb, Kebanyakannya Dealer Halo Telco diseluruh Malaysia. Alhamdulillah mereka semua baik².

Orang² yang terdekat Safuan pun datang jumpa Safuan nak Daftar Simkad Halo Telco sebab nampak status Boss Shukex kat fb


Ok safuan cerita tentang Mini Store.

Fungsi Mini Store ni pula Safuan bukan saja boleh jual simkad pada pelanggan, tapi juga Safuan boleh jual stock simkad atau stock merchandise pada Ejen Halo Telco untuk mereka jual pada pelanggan.

Sekarang safuan terangkan cara safuan dapat komisyen dengan hanya jual stock simkad. Ok apabila safuan jual stock simkad pada Ejen, pelanggan akan beli pada Ejen, selepas pelanggan guna & Langgan Plan barulah safuan & Ejen dapat komisyen dari langganan tersebut.

Ejen dapat 10%

Safuan tak boleh dedahkan secara umum berapa % safuan dapat apabila safuan jual stock simkad.

Walaupun % jual stock simkad tak sebanyak macam kita jual terus pada pelanggan iaitu 10%, Tapi Alhamdulillah dengan komisyen tu juga safuan boleh capai 3 angka dalam masa 2 bulan kemudian selepas safuan jadi Mini Store.

Terima kasih sangat² pada dealer² Halo Telco yang support Safuan dari mula Mini Store Tanjung Tualang Perak dibuka hingga kini.

Jadi komisyen yang safuan terima apabila jual stock simkad tetap dapat dari langganan Plan Halo Telco yang pelanggan Langgan


July 2020

Masa Gala Dinner Halo Telco di PD awal bulan julai tu FB Halo Telco Hq ada tayangkan Secara Live, Safuan betul² tak sangka sangat nama safuan disebut dapat Hadiah Laptop ni, Boss Shukex kata supaya mudah untuk bekerja (beberapa orang Dealer lain yang bertuah pun dapat juga). Safuan terdengar juga Abang Ikhwan ni sanggup hantarkan Laptop ni pada Safuan di Perak sementara dia nak balik ke Tempatnya di Sungai Petani Kedah. Alhamdulillah terima kasih sangat² pada dia.



12 Jun 2021



Masa ni pun Safuan dapat rezeki yang tak disangka², dapat pada bulan birthday safuan pula tu. Alhamdulillah Safuan dapat RM1000 untuk Anugerah Khas Usahawan Kelainan Upaya.

Alhamdulillah terima kasih banyak² pada Boss Shukex & Team Hq atas Hadiah ini. 

Safuan tahu sebenarnya ini hadiah untuk pertandingan Top Activation Q4 2020 kategori OKU, walaupun safuan rasa safuan tak terlampau banyak buat Activation terima kasih sangat² atas pemilihan ini. Safuan dah withdrawal duit ni & safuan akan cuba guna sebaik mungkin. InshaAllah.



Safuan terasa sangat safuan selalu dapat Rezeki yang tak disangka-sangka ni dari Allah, Mungkin sebab safuan selalu bantu ramai dealer, kadang² ada dealer yang PM atau bertanya di group wasap Safuan bantu je apa yang safuan tahu & mampu, safuan tak kesah dia dari network mana² sebab dia bawah bumbung Halo Telco juga, jika safuan bantu dia sampai pandai Akan datang nanti mudah la urusan dia dengan pelanggan & mudah dia ajarkan dealer dibawahnya. Pengguna Halo Telco pun makin ramai. Makin ramailah penyumbang pada Halo Prihatin.



22 Jun 2021

Safuan terharu sehari sebelum birthday Safuan Boss Shukex share video Safuan buat dengan caption macam tu.


Awal bulan July 2021




Halo Telco melancarkan aplikasi terbaru Halo Go Lifestyle, aplikasi ni user & dealer Halo Telco boleh menjana pendapatan dengan hanya menjual topup/bayar bil. Fungsi apps ni lebih kurang macam e-wallet & akan ada fungsi baru dimasa akan datang.

Alhamdulillah hampir sebulan safuan guna dapat RM18



Jadi di Halo Telco kita boleh pilih sama ada nak berniaga Simkad atau berniaga Jual Topup/Bill, kalau buat dua² macam safuan pun masyukkk.

Jika anda berminat jadi Ejen Simkad Halo Telco macam safuan pun mudah saja, dengan hanya bermodalkan RM50 anda akan terima 10keping simkad untuk dijual pada pelanggan & akan ada panduan cara daftarkan simkad pelanggan.

Untuk jadi Dealer Jual Topup/Bil di Halo Go Lifestyle pula anda hanya perlu Upgrade Membership minimum RM100 untuk layak terima komisyen setiap transaksi jualan anda.

Untuk pertanyaan lanjut boleh PM Safuan di whatsapp atau fb messenger.


----------------


Selama safuan dalam Halo Telco ni banyak perkara yang safuan berlajar, antaranya Rezeki Untuk Dikongsi, Usahalah semampu kita InshaAllah ada kejayaan kelak, Rezeki tu Pemberian dari Allah, Jika gagal cuba lagi cara lain, Sentiasa dekat dengan orang Positif.

Safuan bersyukur sangat dapat bekerja dengan Halo Telco, Boss pun jenis ok sporting & sentiasa ada idea baru untuk majukan syarikat, Team HQ, Rakan Store & Rakan Dealer pun semua baik, dan Safuan suka Halo Telco ni ada konsep Rezeki Untuk Dikongsi, membantu pada yang memerlukan.

Kita hidup kat dunia ni bukan semua bernasib baik, ada yang susah, ada yang senang. Pada yang senang perlu bantu yang susah. Walaupun kita susah atau senang, adab sesama manusia kena jaga Saling menghormati.


Jadi pada semua pengguna Halo Telco, anda guna & langgan simkad halo telco bukan saja dapat membantu Misi Halo Prihatin, tapi juga anda telah membantu naikkan ekonomi penjual simkad Halo Telco macam Safuan :) 


Terima kasih banyak² pada Family Safuan, sepupu safuan, semua pelanggan safuan yang beli simkad, pada boss shukex, team hq, semua rakan niaga halo telco yang membantu Safuan dalam Halo Telco ni.

Semoga anda semua sentiasa murah rezeki, dijauhkan penyakit bahaya & dipermudahkan segala urusan. Aamiin.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan